hit play to chill summore

Wednesday, December 28, 2011

this little thing..

hey bloggers..

AKHIRNYA! kaki ku ini sampai juge di kolej. huhu! as much as hidup aku bahagia kat rumah, everyone have to accept the reality! BALIKLAHH NAJLAA OOI! NAK FINAL!!!!!!

bilik sangat dan teramatlah sunyi. op koz la rumate tak dok.. T_T bukak noteSSSS, urghhhh... @o@' eyh silap.. bestnye noteSSSS... nikmatnyeeee!!

ok silelah benarkan me to bermanja-manja di belog sendiri. sesungguhnye.

bilik sunyi. i'm kinda stress out after tengok jadual revision class.

a call from my beloved one WOULD BE SOOOOO nice! aicecey....

<sambil nyanyi lagu 'need you now' by lady antebellum atau dalam bahase perak nye, 'perlu mi-ke'dari lede atebelom>
ciss. aku dah start merepek.

tapi seriously,  this little thing called ... PICK UP UR PHONE-and-CALL ... sangat lah membantu. jadi ape lagi pacik pacik macik macik. jika anda risau pasangan anda tengah busy;
memasak,
 mengemas,
 memikir, 
menyiram pokok bunga, 
menggilis cili, 
mendadu bawang, 
memajak sawah, 
menoreh getah.
ataupon alasan faymess-devom-devass:
 STUDY-for-FINAL

 JANGAN! angkat la telefon anda;

 tige-tige-splohsen
telefon awam,
 i-pon, 
galaxy unibers,
belackberi-beri
 dan bercakap la dengan mereka. 

ia membantu. <3
if you really care you would noe what your call meant. aicecey! =.='
pacik macik. dengarlah cakap najlaa lala doploh tahon ini

hilang kan stress dear all! minum la teh boh! duh =.='

akhir kate...
erk?? ciss la u. hehe

bye.
nak jadi normal balik.
study  la NAJLAA. 


Sunday, December 25, 2011

The getaway!

Hey peeps!!!
Final tepi simpang! Risau tak? Keluar jugak lah peluh2 betina bila fikirkan. Nak sangat buat yang lebih baik setiap kali exam.

Tapi di manakan najlaa lala? Here..

Morib.. Yes. Pantai. Getaway kata mama. Huhu. Nice weekend everyone! N goodluck! :)

Tuesday, December 20, 2011

token penghargaan ;)

hye...!!! so hari ni last day untuk pbl. uh? uh? ape itu pbl??? its problem based learning. provided seorang lecturer. and lecturer akan bertukar setiap sem. so, our pbl group decided untuk buat PARTAYYYY! uh uh! cucuk langit semua! oo yea.

planning sememangnye dari hari jumaat lepas lagi. so, kami-kami telah terkedek-kedek berlari-lari anak angsa pergi jakel untuk membeli kain... SAY WHAT??? no worrie.. jakel tengah YEAR END SALES! kain murahh~ meaning kain cantik harge beratus telah turun hargenye manjadikan ia affordable. hewhewhewhew.

so we all membeli kain. dan jugak tudung yang sepadan dengan kain itu. ia sangat cantik dan saya rasa mama akan jeles kalau tahu. haha! yes. najlaa tengah mood perasan sekarang. oh ya.. berkenan tudung dan kain.. dengan harapan when she wore that kain, she'll terbayang kami semua. group pbl 20. <mate kelip-kelip muke sinar-sinar.>

cake! indulgence. yummy.

haah.. muke aku tak bley nak eksaited lagi.

eyhh. motip sangat tutup mulut

perbezaan ketare.
girl in blue..EKSAITED KAU NYAH! boy in black.. LAPOOO. BORING

penyerahan token penghargaan buat dr salmah :)



nenek-nenek makan :p

party cucuk langit!! hewhewhew

thats all
pbl 20 >_<

bye. 
wonderful farewell 
not a happy one but memorable
.love.

Sunday, December 18, 2011

weekend ORDER UP!

hey everyone! so enjoy ur weekend?? well at least i did!
harharharharhar

this is going to be a veryy short post cause i'm super dupper busy.

i did something! benda okay je kot. well at least i thought so. i did enjoy my weekend but.. maybe i was too green in this field. =.=' kot itulah masalahnye. huh! as ususal.. benda memang takkan terluah. harharharharharun! maybe i'll spill the bean bout this weekend someday. MAYBE... or another 70% maybe it'll just stay in my mind FOREVER! ngeeeee.

as usual UNCERTAINTY. i'm clear about me. what about him? now i wish i have edward cullens gift! hewhewhewhew. so what? i'm 20 with a mind of 40. banyaknye benda nak fikir NYAH!


hewhewhewhewhew

bye..
nak jumpe Nate Archibald
xoxo
gossip girl!
hahaha. okay aku buat. lagi.
nite peeps.
u noe u love me! ;p




Tuesday, December 13, 2011

what done is done

hey peeps! jom memekak di belog kesayangan.

lately jarang dapat blogwalking. jengah belog-belog lain apetah lagi. pfffft!

today was fine. not that good but fine enough. teeeheee. after a nice swim. bajet-bajet ala PERCY JACKSON hot and bergaye kat swiiming pool. badan cam agak letih la. okayy.. bukan agak. memang letih. AMAT.

tadi, after kelas pagi, jarak ngn the next class lebih kurang 3 jam. so, i decided to go back to college. boleh menempek depan laptop or novel sesuke hati mak kau NYAH! after that, maybe because after-holiday-effect. i planned to take a SHORRRTTT NAP around 12 and 'plan' to wake up after 30 minutes. dan secare tak-sengaje-tapi-berhemah i woke up at 1.30... guess my SHORT NAP turns out to be not so short after all.

around 1.50 i get ready and sampai-sampai bawah. as i was walking dengan perasaan owh-aku-dah-lambat-tapi-cool. BANG! AN ACCIDENT!!! na~ not me pun. but that accident betul-betul depan mata. and i rushed to that girl. oh my kesian dia. bahana kereta yang tak bagi signal. nasib tak terok. a broken nail and scratched under her chin. heh! takot tak hengat kot die. menggigil. dah la kecik je. sejuk and menggigil when her hand grabbed mine. all that i can say is, 'takpe takpe. jangan risau.' heh! bodoh pulak aku rasa mase tu. agak la okay. i'm shocked too.

few things yang i thing i should've done. firstly, open her helmet. ask her too strengthen her leg if possible. and give some medical advises. ai CHEYYY najlaa. but what done is done. after a while there's this two guy datang tolong and tolong panggilkan kereta bahana tadi. OH YEA! go abang berdua. and no.. i dont know them.

one more thing, the car guy is not that bad. infact he is quite nice. base on the look he has on his face. but mama told u to never jugde a book by its cover. and guess what that guy is SOOO not a book. pffft! lame najlaa lame!

sad but true. sampai je the 'car guy' he was like sungguh bertanggungjawab and terus hantar that girl to pk aka pusat kesihatan. and i like.. a ZORRO.. GONE! hahaha. only because i had a lecture in 5 minutes time.

and ya. i'm still trauma. cause that girl jatuh. sangat sedih. the road was slippery and she kinda did her best to balance her motorcycle. uuuu.. dont worry i guess she'll be fine. :)

daaa. peeps 
xoxo
gossip girl!
muahahahahaha. kiddin! 
nice tues all!

Monday, December 5, 2011

language barrier ??

hello peeps...!

just got back from my mother hometown. :)

as we all know, malaysia is divided into 13 state. or... 14? hehe.

and almost all state has it own malay accent. do i have to state it all here?? duh >.<

basically, mama and ayah both came from the same negeri which is PERAK.. oh yea! kejo yeop kejo! <motipp???> but i was born at pj, selangor. and so, i am a perakian! DANGG... xde kene mengena.

something extremely embarrassing happen

so today, there was this wedding ceremony.

as usual, boiled egg will be given to all the guest as souvenir. for years, it has been a tradition la.

this happen between me, my uncle that is a kelantanese <my aunt's hasben>, his grandaughter.

and yes... ummi najlaa the kid lover kunun...!

me: adeq.. buat ape tu..? nak telur? kakak KOPEK kan...  

in my mader tang accent, kopek = kupas = the action of peeling of

but as taught by my friend, who is a kelantanese.. kopek means~~ something else.! and we do make fun of it sometimes.. urgh. girlfriends joke much.

and there i said it.. in front of my kelantanese-but-live-in-taiping uncle. and here i am hoping that he would have forgotten what does it means in kelantan. mehehehehehe... dah la that time there was only the three of us. my reaction? step back and rush inside the house. ;p

BUT.. if you just dont have any idea what the heck la tis najlaa is mumbling about? please, go and find a kelantanese friend and ask okay... but seriously, someone with the same sex. pffffft!

bye. gdnite peeps
:)




Friday, December 2, 2011

perkataan yang sering kaum hawa gunakan :)

❤- indicate how much i love and often saying it. and it match.
FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.








papai peeps!
noe your ladeyy!

Thursday, December 1, 2011

hello december!

it have been such a looooooooong time since this blog have been updated! so, hye dear all blogger!

last month for 2011~ azam?? banyakkkk je lagi tertangguh!

cuba fikir, what have u accomplished all this year? is it enough? huhu~ memang tak lah kan.

urgh! i am rambling alright! jap.. wanna share something..

'in a relationship of the insecure. my heart is so fragile that i'm afraid it might break and hurt. i know i'm not a princess or neither am i a humble maiden. i am just me. a humble damsel trying to struggle through life. what i want is for you, the prince of my heart to just understand and take hold of my heart tight but firm. so that it wont break and hurt. SECURE IT!'


papai peeps! 
:)


Tuesday, November 15, 2011


this is a song by one of my fav solo korean idol.
LEE SEUNG GI. 
he is cute. but some of my friend didnt think so.
sedey woo lagu ni..
tgk laa..
 its about he is in love with his friend
but didnt have the courage to tell the truth
ade ke patot?
tapi kesian la
i nanges for my LEE SEUNG GI
T__T

xmo nanges2. i ade!
 btw, u nmpk macho la laling!

nites bloggers.

Monday, November 14, 2011

Excitednya aku!!!

Errrr hello all bloggers!
I am sooo excited! Why? Right now i am posting this post on my lovely couch with my baby phonei.
This is awe-some!

WHY THE HECK AM I THIS EXCITED???

Cuz, pathetically, i just noe i that can.

The thing is, i just installed the new blogspot application on my phone.

Okay thats it.

Bye all.
Ps: i love you phone <3 mihihi

Thursday, November 10, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY!!! : ARTIS BUKAK BAJU?

hi all bloggers!

tajuk takley nak gempak lagikan? tadi aku bukak youtube. then, terpapar lah dekat depan aku punya wall tu. tulis, 'ARTIS SPA Q BUKAK BAJU DEKAT SPORTS PLANET AMPANG?' i was like... WHAT THE HECK!!! THIS IS BADDD!

of course la.. aku cam CURIOUS GILA! mahu tidak. sports planet ampang kot. terbuka n faymes jugaklah tempat tu kalau laki yang bukak baju itu mungkin lah perkara biasa. walaupun faizal tahir pernah kena band sebab perkara yang sama.

tengok-tengok... PEREMPUAN OKAY! ooooo man! sumpah aku ingat nak letak video tu kat blog aku. kang tak pasal-pasal aku kena letak warning ade adult content kat blog aku. uuuuihh tercemar blog the vogeh the vas aku ni. ade pulak komen di bwh cakap...

'dia angkat baju je bukan bukak pon. chill la.'
whadda? memang aku akui die takdelah bukak baju. just angkat je lah. yang menampakkan HALF OF HER UPPER BODY that is. AMBOOOOOOOIIIII banyak cantik kau. lepas tu, dengan rokok kat tangan. MANIS SANGAT lah kan???dah la baju tu tak payah bukak pon dah memang macam tak pakai.

MANEKAH MALU YANG SEHARUSNYA MENJADI SENJATA MUKMIN TU???

kesal-kesal. inilah artis-artis malaysia sekarang. MINAT? ya. aku still tengok cerita-cerita melayu. and ya, aku memang akan judge SETIAP cerita. masih ada cerita yang berkualiti. itu aku pun tak kan nafikan. lebih-lebih lagi kalau keluaran KRU PRODUCTION. sanggup aku pergi panggung tengok. tapi takat itu je lah. aku tengok cerita-cerita. kalau tak, nanti adalah suara-suara sumbang, 'OH CERITA KOREA SANGGUP PULAK KAU BERSENGKANG MATA TENGOK. CERITA MELAYU KETEPIKAN. TAK MENYOKONG BANGSA SENDIRI BETUL!'

nak menyokong macam mana cuba cakap? perangai sorang-sorang mcam hampeh! tapi ade artis yang aku minat berdasarkan bakat dan hard work diorang untuk bergelar seorang artis. macam SHARIFAH AMANI. terus terang aku cakap, selagi artis tu punya rekod yang baik maksud aku asal tak keluar berita dia pakai macam kilang kain dalam dunia dah terbakar or berzina terang-terangan, aku akan still support dia. bukan membabi buta je membenci.

haihhhh! SUSAH NAK CARI ARTIS YANG BOLEH DIPERCAYAI SEKARANG KAT MALAYSIA NI???

pastu nanti ada lagi suara sumbang...
'ALAHAI.. MACAM ARTIS KOREA TU BAIK SANGAT!'

SERIOUSLY, DONT GET ME STARTED ON WHY I LIKE THEM BETTER!

namplohpat page pun tak tentu siap lagi!

salam 
sekadar luahan hati.
have a nice day bloggers! 
 

Wednesday, November 9, 2011

resepi: Oreo CheeseCake!

salam dear bloggers!

it has been 5days i'm at home. keadaan mula jadi agak bosan. i really should be studying but i'm stuck with the television and my lappy. =.='

so, i decided to try something new! errr, not actually new, just something that i've never done before.. OREO CHEESECAKE! and it is soo EASYYY. hewhewhewhewhew.

there were no baking needed since its cheese of coz but you need to space up your fridge.

INGREDIENTS..
partA:
butter 50gram
2 packets of oreo
1 table spoon of brown sugar
partB:
100ml whipped cream
eighty ml of dutch lady fresh milk
oreo<some from partA, explained later on>
250gm of philadelphia cream cheese
1 tablespoon of gelatine mixed with 40ml hot water

DIRECTIONS..
partA
1. firstly, from  the two packets of oreo, use all except 7 for partA.
2. separate the crust part and the white cream. <the white cream will be used in partB>
3. crush the crust into very tiny pieces. used a very dry blender if possible.
4. mixed the butter <don't melt it > and the brown sugar thoroughly in the crushed crust.
5. then, place it in the cake pan. make sure u compressed it well enough. then, place the compressed base in the refrigerator for one hour.

partB
1. mashed the philadelphia cream cheese in a bowl.
2. add up milk and whipping cream. make sure the you dont add extra milk cuz we dont want your cake to be too soft.
3. then add up 1/2 cup of sugar. <you can used brown sugar if you dont want it to be too sweet>
4. add up the mixed gelatine. <they are quite sticky, make sure every bit of it didnt go to waste>
5. take 3 from 7 oreo separated from before. crushed it. add it up into the mixture. at the same time, add the separated white cream from partA  into the mixture.
LASTLY, take out partA after ONE HOUR and place the mixture on top of it. for the finishing touch put the 4 last oreo on top of it and DONE! place it in the fridge for 4-5 hour.

tips: for partB you might as well use ELECTICAL MIXER to ensure it mixed thoroughly and to be twice as fast :)

HASILNYA:::
agak buruk sikitla.. tapi sedappp!!!
THUMBS UP! hahaha. n ya, i praising my own masterpiece.
MAK OKAY JE NOKSS!

whole budget is LESS than 35 ringgit. if you want to compare it with buying it at secret recepi yang sama sebijik sejebon, boleh dapat 2 the same cake! so, lets get your hand on da cheese people!!!

selamat mencuba!
daaa >.<

Tuesday, November 8, 2011

i'm missing my min :'[

salam all dear bloggers.

klik pada gambar. it explains everything... hahah! feeling2 gittew..


huaaaa
T__T

tolonglah najlaa!
okay, better post next time.
salam :)

Monday, November 7, 2011

silelah tengok my blog new looks!

hye there all bloggers!
okay.. i seriously lupa nak ambil gambar before changing my blog looks. kalau tak boleh buat comparison. ciss najlaa!

but here it goes. boleh la tgk rupa blog ni sekarang..

as for header
background ambil dekat cutest blog on the block. and di edit menggunakan photoscape and photoshop. <seriously excited da pandai guna dua natang ni.> then, i put flat shoe just to show my new obsession towards flat shoes. uuuu mama sukalah sebab anak dia ni da tak obsess dengan wedges berHINCHI-HINCHI lagi.
dah macam galah noks kalau aku pakai tinggi.! hape kau hengat laki i nanti lee min ho? hew hew hew. >o< and the cute stiched 'camera'. significant for us yang suka cam-whoring!


as for the new layout pulak
sememangnya tak berapa gemar guna yang da sedia ada sebab selalu takde yang bekenan di hati kucil ku. selalunya ambil patterns yang di syorkan INCIK GOOGLE. and my concept for this layout is vintage. sekarangkan tengah demam-demam vintage ni. baju semua nak ala-ala vintage. blog juge.. awww. 
tulisan pun dah ditukar ikut kesesuaian. senang nak baca and tulisan totap pink! op koss. 'KALER TEMA IDOOP' kunun. 

i seriously loooooove doing this makeover thingy. so kalau ade sesiapa nak aku menjalankan 'experiment' kat mane-mane, blog ke. boleh je.. takde masalah. tak kiralah kite kenal or tidak. <hehe. muke suke buat experiment. sengih namplohpat jam>


salam.
thx for reading :)

Sunday, November 6, 2011

tengah-tengah tangkap gambar.. JENG-JENG! SCARYY~~!

raya tahun ni. sambut kat selangor je cuz ayah tak dapat cuti and opah ada dekat rumah pakcik kat subang.

no biggie...!

then tengah snap picture..THIS IS SHOCKING!!!!!
prepare......................................

1ST, JUST MUM AND I...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
JANGAN TENGOK IF LEMAH SEMANGAT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AHHHHHH!!!!!!
now, when did he get there?

okay that is lame!
LOL!

have a nice raya everyone.
RAYA BAIK-BAIK...
ingatlah orang yang tersayang :)
salam.



pergi kedai beli kuaci, selamat hari raya haji!

salam all bloggers!

pantun 2 kerat lagi okay. and... ya, its not mine. MANTOPNYE BM boleh buat pantun segale. LOL! aku ambil dari kawan kat fb. AHH.. teknologi.

sempena lama tak menge-post kat blog, saya disini dengan besar hati ingin mengucapkan 'SALAM AIDIL ADHA' buat semua umat islam yang berada di seantero dunia! sambil-sambil tu bersih2kan belog yang berhabuq tak hengat ni.


jum singkap balik sedikit sebanyak mengenai AIDILADHA!

'Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.'

haaa! adik-adik. itulah sedikit sebanyak kisah mengenai asal-usul qurban! temui kisah selanjutnya dalaaaaaammmmm.
'ADIKKKK dan al-QURAN!'

heeee.. okay all. itu je. hehe. selamat menyambut AIDIL ADHA ye.. bukannn..

AIDIL ZAFUAN & ZAKUAN ADHA okayh.
<i do not own this picture mr google gave it>

salam aidil adha!!!
p/s: somethinh scary happen.
HERE

Monday, October 24, 2011

diet cara Rasulullah s.a.w

salam all blogger!
salam 1malaysia! (am i being sarcastic??? hahaha)

siapa mau kurus??? jom lah kurus... jom lahhh... rata-rata manusia sememangnya nak kurus. ia sama ada anda sememangnya selim the melim atau pon u just dont give a damn! like me (?!)

diet. bila cakap pasal diet semua orang fikir.. KURUS. sebenarnya diet adalah pemakanan. dan diet yang sihat adalah pemakanan yang sihat. tak kira sama ada kurus.. berisi(sopan yaww).. atau normal. pemakanan yang sihat adalah kemestian. (ewahh kecik-kecik nak jadi pakar pemakanan mama tak bagi.) sebab ada je manusia yang aku kenal kurus tapi banyak cholesterol dalam badan. uuuuu.. not good not good.

jadi saya sebagai rakyat malaysia yang menyayangi rakyat-rakyat semua (hoii, aku bajet princess ni) menyeru untuk mengamalkan pemakanan sihat.. mengikut diet pemakanan RASULULLAH s.a.w

ambil masa dan baca okay. agak panjang tapi berguna sangat. sambil makan-makan malam tu, makan cekedis ke (refer to snack). tengah-tengah baca tu, kalau-kalau kau nampak salah cara pemakanan tu, luahkan aje semua. muntah-muntahkan balik. (EWWWW najlaa. gross!) hehe. jk!

cara pemakanan rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalkannya.

-copy and paste from my dad's page.
buhbye all. 
jom ikut sunnah!

Sunday, October 23, 2011

menantu untuk ayah!

hoi2 bloggers!

pernah tak occur to anyone korang pakat angkut la buipren korang kulu kilir. tapi bila nak bawak jumpa ayah?? takot tak hengat.
aku takdak la bawak buipren kulu kilir. hai, ada kaki jalan sendri la. mihihihihi. itupon kalau hadoo. kalau tak hadoo aku pakat duk jalan sorang la. errrrr. ok, najlaa itu..pathetic.  =.='

i am the only girl. so, tak dapat lah nak berfikir menantu macam mana yang ayah boleh kautim. kalau mama takyah cakap la. tengah makan pon dia boleh habaq dia nak menantu lagu mana. tapi kalau aku telek-telek balik personaliti ayah boleh kot tahu. rasanya ramai kot yang boleh agak menantu jenis apa yang ayah korang suka.

1. menantuku atlet! ewahhh. macam ayah aku david bekam! <sorry, aku tak involve sangat bola. dan yang paling melekat dalam kepala aku haruslah david bekam!oh yea aku tahu name sebenar dia beckham okay> ayah aku dah masuk 52 tahon hokayyy. tapi aktif, skema bergaya lagi! dengan bicycle gang. huihhh. jadi dalam kepala aku, seorang yang bangkit tidoq pukul 10 bukan seorang yang digemari papaku. mana mau cari??? =.='

2. ma in-law a handyman! errrr.... ni agak pelik sikit la. tapi betul, from what i see, my daddy serba boleh. <uuuu sayang ayah>prinsip dia senang when handling things like bertukang ke apa. 'manusia yang buat dia mesti, apa-apa pun mesti boleh.' so, he sure like kalau bermenantukan seorang yang serba boleh dan berguna untuk jaga puteri die yang seoghang ini. :))) tapi jangan pulak lepaih ni kau pergi dekat kapal terbang and say 'kite yang buat die. apa-apa mesti boleh.' jangan uolss.

3. menantuku mesti BERANI punye. ini must have kot. kalau kau seorang yang penakut sekali pon. silalah buat-buat berani. cuz i have tis one case yang sampaikan tak berani nak masuk rumah sebab nampak 'kelibat' and ayah cukup tak berkenan. bagi ayah-ayah.. lelaki mesti berani. macho uols. daddy ok jew nokss.

beli t-shirt ni. konpem kau ngan in law cam isi dengan kuku.
errghh??


okay uolss. itu je yang sempat terfikir ni. ini bukan entry bikin sentapMentap okeh. biase je.. uolss.
bye all bloggie 
<3
love

Sunday, October 16, 2011

kerana wanita begitu berharga

salam.. post ni agak panjang. tapi aku galakkanlah korang baca. :)
sayangi diri mu. aww!

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............



berharga :)

p/s: hasil penulisan tiru tampal
bye. :)
have a nice sunday

my personal stress relieving factor

hey there blogger!

so, siapa tak pernah stress??? silalah angkat ibu jari kaki anda sampai sentuh dahi! boleh??? IMPOSSIBLE kan?? my point exactly! impossible! melainkan kau penggemar yoga sejati or ballet dancer.
the point is. sesegar embun pagi or mentari pagi pon kau mesti ada masa-masanya korang stress kan? and of course! ade je yang bajet-bajet hidung mancong angkat dagu cakap.. 'eyh, aku tak pena la...' aku tak percaya kot. tapi lain orang lain la caranya kan. kadang-kadang orang nampak je yang that particular person tu stress. sometimes, they dont. menyebabkan orang cakap 'eyh, kau happy je kan. tak pernah stress pun. bestnyewww' pastu hidong kembang kuncup banggha!

frankly, when i stressed out. it SHOWN! but i DONT smack on others face to get better. i have my own stress-killer.

jum usha. mane tahu same. boleh kite jadi.. bestie! awwww!

1. music.
i do believe kebanyakan  manusia menggunakan cara yang sama. plug in your ear phone and BAM!!!
as for me, i'll go to every genre. daripada ROCK-IT-HARD music, rihanna's, as cool as bruno mars hinggalah lagu-lagu MAK-SENTAP-NOKSS like jar of hearts by christina perri. but my current personal favourite now, ROLLING IN THE DEEP by adele. oh yeah!

2. best vocal winnah!
when mama get stress she's a singer! oh yeah. mula-mula dengar, layan segala sentap-mentap jiwa kacau. lepas tu, sure kau rasa. tak cukup la.. nak kasi layan lagi boleh? bukak youtube search lagu, pastikan ada 'with lyrics' ewahh... berdendang MAK JEMAH pon kau boleh lepas tu. stress punya pasal suara macam cik siti blakang umah pon rasa cam siti nurhaliza.

3. move your butt.
haa! ni personal favourite. dance all da way bebeh! biasanya untuk aktiviti ni mulalah kau pandang kanan kiri dulu nak buat. ambil feeling kaki panjang SNSD. keluar lah bakat terpendam ala-ala menari spider man pon boleh. janji, takde siapa nampak lah. oh yeah! menarilah sampai puas. you own it! 
-i like to move it move it!-

4. get sweaty.
as for me, doing some exercise really do help. hop on da treadmill or bikes. best with some music. masa-masa macam ni 1000 cal terbakar pon u didnt even realize. trust me, you will  feel great! rasa ala-ala hottie la konon. FLY AWAY STRESS! 

5. step back.
BACK OUT! biasanya bila aku stress, things will go up side down. NOTHING will go right. what do i do? i'll take a step back. and relax. do whatever you can. sit somewhere peace and calm. take a walk. and see the world! soon your brain will start working on how to replenish things. so, stress adalah masa untuk me, melayan senario dunia! ewahh.

6. cry baby.
normally, i'll cry. this depends, if i think it is so hard to bare and i think i need some soothing words, i'll go to someone. not anyone. just this particular someone. either my bestie ANA MERCURY or my BFI. but sometimes, i just need sometime alone. bagi aku crying doesnt indicate that i am weak. after every cry, i'll feel much better! its like i'm building my strength la. lagi sorang yang bila dia layan emosi pastu jadi kuat tahu siapa??? HULK! mihihihihi.

THE BEST RELIEVING FACTOR

7. REMEMBER YOUR CREATOR.
this is the most important step of all. ALLAH tu MAHA MENDENGAR. mengadulah. cakaplah apa sahaja. mohonlah ketabahan hati. insyaALLAH, hati dan jiwa akan terasa ringan je. after all DIA yang faham kau lebih dari orang lain. DONT EVER skip tis step. dengar lah muzik sekuat alam, menarilah sampai bergegar tiang seri rumah, carilah ketenangan. takkan jumpa. INGAT DIA JUGAKLAH YANG BAGI KAU KEIZINAN NAK CAPAI APA PON. 

dont stressed out. 
there is so much out there
:)


bye peeps!
jom tangani stress.
<ronggeng-ronggeng dengan lagu 'the lazy song'>

Saturday, October 15, 2011

HOW TO SET UR LOVE ON FIRE BABEYH!

easy...peasy...

BURN HIM ON FIRE!

oh dont forget the marshmallow!

that is seriously lame, najlaa.!

bye.
sorry dear blogger!
just hungry and tired.
GIMME MARSHMALLO!

Friday, October 14, 2011

something i dont know

hey, dear all blogger.

lama sangat tak post apa-apa kat sini. biasanya ada perkara yang nak dipost. tapi bila sampai depan lappy. PUFF! hilang uolls.

mungkin banyak benda kot yang bermain dekat dalam kepala ni. antaranya about this particular someone. shudnt have post about these kind of things here but... i just dont know where else to turn to. someplace to just let it all out.

how do you know someone tu ikhlas? if he approached, i used to think that he is serious. but now, oo man, i just have no idea. sometimes you keep thinking about why he did this to me? am i an experiment? what ever he do, he just dont seems to appreciate me.

and bila i said to myself that i've had enough. and later, he apologizes. WTE, is he serious? or he is just playing?

 i tried to consult someone. some of them keep taking on his side. 'eventhough they dont know him'. and some just called him a JERK! they, said i shudnt be treated this way.

what i really need to know is from him. i really really really need him to tell straight to my face. what happen actually. i'm not a shaman or a fortune teller <?!> or EDWARD CULLEN. i cant tell what's on other's mind.especially him. oh hello, man can be the most difficult subject to understand.

i really dont want to get my heart broken. i may be not as beautiful or smart or wise. but i am me. i dont expect a royal treatment. just a simple things will do. i have my own flaws. that is why i just shut the hell up and dont make a fuss about it. but please, when he apologizes, it just seems too real. am i blind? i hope not. dont believe all the 'love is blind' thingy.

but it is still the same. he makes the same mistake again. hurt me again. some says, 'maybe he have reason.' 'somethings happen.' 'u need to understand him better.' but some say, 'he is a jerk!' 'AS IF HE DOESNT CARE BOUT YOUR FEELING AT ALL. KEEP COMING AND GO WHENEVER HE LIKE' 'HE DOEST APPRECIATE U LA UMMI.' 'DONT ACCEPT HIM ANYMORE.'

ooh. PATHETIC!!! so what? i am blur alright. i have no SANE ideas bout this kind of things! <bajet innocent! hakhakhak>

i just dont know. just one thing, dont hurt me. or i'll tell my MOMMA!



BYE !
shit happen. life goes on.
:)

Sunday, October 9, 2011

blog saya blog pilihan jam ini oleh chegu zubir


hye u ollss. 
ni segmen kedua i join dari CHEGU ZUBIR!
berminat sila tekan banner atas :)

jom tengok najlaa lala melengkapkan ayat ni
"saya nak blog saya jadi blog pilihan jam ni kerana saya baru lagi aktif berblogging dan sangat berminat nak mengembangkan sayap dalam dunia belog ni. saya nak sangat jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. sebab sebagai student sepenuh masa susah kot nak maintain allowance. so, insyaALLAH post akan dipertingkatkan kualiti dan genre. tapi belog ni memang tak serius. hehehe :p"


ewahhh. lengkap sudah ayat. seskema dan se'MANTOP' mungkin!
SILE BERI TUNJUK AJAR
<bow SEMBLANPLOH DARJAH cam permbaris>
;)

c u later!
xoxo


Saturday, October 8, 2011

Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir


hey ya all!
selamat datang ke belog saya.
sesungguhnya blog ni bukan lah mengenai pink dan polka dots dan ribbon.
tak lah serius 
and penulisan biasanya santai and relax je
lebih berkisarkan sekeliling kott
:)
baru je aktif dalam dunia blog ni
'SILE BERI TUNJUK AJAR!'

p/s:berminat untuk join sile klik banner!
kamsahamnida!

enjoyy peeps!



Friday, October 7, 2011

NOSE warehouse SALE!! oo yeaa!

<DRUM ROLLL!!!> buat ladies ladies! rasa-rasanya ramai dah tahu pasal warehouse sale ni kan?? lately, banyak pulak nak buat warehouse sale. aku tak tahu mana lagi, tapi setakat ni yang sampai dekat telinga, PADINI WAREHOUSE SALE , NOSE WAREHOUSE SALE , sampai kan CADBURY pon HADOO!

aku tak pergi yang PADINI tu. kemaiinn banyak ke duet kau nok??

aku pergi yang NOSE ni je. dekat sangat dengan SUNWAY MEDICAL CENTRE. simple je weyh. dekat WAREHOUSE. sekali tengok kau jadi macam... eyh.. SERIOUS??? macam tak menarik je...



masuk-masuk je, semua dibekalkan dengan plastik beg bapak besaq! apo laie??? serbu okay.

berkenan je humban dalam plastik. amek amek.. tanpa hengat dunia! muahahahaha. lepas tu semua bertempek kat tepi try kasut. tapi mau, campak balik~ ewah.. ape kau ingat ni padang? main campak-campak.?

tapi aku rasa, macam nasib kau lah dapat yang elok ke tak. sebab kejap-kejap je tambah lagi stok. yang beg kuranglah. tak banyak yang elok. kalau rasa-rasa nak beli beg asalnya harga LAPANPLOH jadi TIGEPLOH... boleh la kau rentap mane-mane. itu pon sebab dekat tempat beg tu, MANUSIA MENJADHI AGRESIFFF! tak nampak bayang langsung beg yang elok. alih-alih dekat kaunter baru kau nampak satu. CISS! baru kau nampak muka manusia piranha tuh! hehe

muke ceria dapat memborong!!!

ayuh kite tengok hasil-hasil rompakan aku.... penat seyh pilih. tapi takdelah grand bombastik! ober! 

TADA!!! hasil rompakan!
dalam 'TAK MENARIK' aku tadi. 
hambek kau!

tapi aku perompak berhemah la. tak makan benda-benda haram ni.
semua ni LAPANPLOH je.
OH YEAHH SEMUA!
muahahahahahahahahaha.

selalunya LAPANPLOH kau baru dapat dua kasut kan? 
MUAHAHAHAHHA
<puas-puas>

ok semua!
enjoy!!!!
<MUAHAHAHAHA>
bergaye dengan hasil rompakan orang lain 
<3

bye!
ngantok! mak nak tdo nokks!
love ya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...