hit play to chill summore

Friday, July 8, 2011

one BIG HAPPY FAMILY :)

assalammualaikum semua..! selamat di pagi jumaat!


hola-hola! hari ni aku asyik fikir pasal sesuatu. family ayah aku ada 10 orang adik beradik. cam.. WHADDA?? ramai gila en??? ayah aku anak ke 7! dan anak sulung lelaki.ce kau bayangkan sket betapa berderetnya kakak-kakak kepada ayah aku.aka makcik aku la. 

walaupun aku ni anak sedare yang boleh kata BAEK lah jugak! (ni sure tipulah kan kakak sedare aku berderet baik. aku dalam kategori suam-suam air milo je. *nyum2*) tapi sampai sekarang aku pon tak tahu mane satu yang tua mane satu muda. yang aku sure satu je Pak Cu aku sebab panggil dia Pak Cu. cam Obvious gila dia paling muda sekali. kau kenapa???

aku datang dari family kecil je. hanya ada aku, abang dan aidil. tapi aku suka bila family besar ayah dapat berkumpul sama. setakat ini macam-macam jugaklah yang dilakukan bersama. (aicece skema gila ayat aku).
antaranya bila family dah besar gini. kitorang selalu buat family day. family day rasmi baru 2 kali kot. (haah najlaa banyaaak sangat kan) tapi kalau tak rasmi macam berkumpul. jalan sama-sama. tu banyak kali lah.

yang bestnya family ramai ni pada pandangan aku sebab ce kau toleh sketkan. PUNYALAH RAMAI SEPUPU SEPAPAT KAU. bapak aku kan anak ke7. jadi aku kakak-kakak sedara aku ramai lah yang dah berkahwin. dulu kalau tangkap gambar anak dara je penoh satu screen! 

lepas tu, kan aku ada cakap buat family day kan?? kan??? aktiviti-aktiviti family day ikot BATCH! muaahahahaha. family aku ada batch seyh.! aku pon tak tahu family aku ni ada berapa batch. lebih dari 3 aku rasa. sebab, aku, abang dan aidil semua lain. aku batch 2nd last. adik aku last. batch adik aku ni bersepah anak pakCu aku. seronok tengok depa ni sekarang! teringat waktu kaler-kaler dalam buku scrap! haha

tapi bukan senang nak buat family day. yang kitorang buat tu pon. bukan semua sepupu ada. masing-masing dah kerja, ada anak. tapi satu je... satu family besar ni sangatlah rapat. :)

apa yang mengHENTAM aku hari ni?? sebenarnya beberapa minggu yang lepas ni, makcik, (makTah) aku masuk icu. sebab jangkitan bacteria yang merebak dalam darah. ataupun dalam medical term.. SEPTIC SHOCK. aku tak naklah bincang pasal benda tu di entry ni. tapi betullah kata orang, 'siapa lagi kalau bukan adik beradik' sebanyak mana pun aktiviti kitorang buat sama-sama waktu gembira. waktu sakit jugaklah yang paling terasa.

masa makcik aku ni sakit. semua adik beradik susah hati. anak-anak sedara. semua sentap. Risau... anak makcik aku ni ada seorang perempuan. kira sepupu aku lah *duhh! ;p* dia ni bongsu la. kira manja lah. dan of course kitorang sepupu sepapat ni rapat. (SATU BATCH! haha) dan aku sendiri rasa.. aku akan ada disamping sepupu aku ni!

errr... kalau adalah sepupu yang baca post ni malu hoy! tapi maybe tak nampak lah aku punya 'nak berada disamping' sebab aku ni kaku sket orangnya. tapi bolehhlaa. kan? kan?? dan sekarang ALHAMDULILLAH makcik aku dah bertambah sihat. even, doctor pun cakap miracle sebab dijangka lama lagi dia dalam icu. tapi sekarang dah 3 minggu dan dia dah balik rumah dah pun.:)

doa adik beradik, anak-anak sedara dan SEMUALAHH! paling penting... SEMANGAT makcik aku ni.. KUAT! 

SUDAH! aku tak mau cakap banyak! sile tatap gambar adik beradik ayah. gambar paling latest sebelum makcik aku masuk icu. masa kenduri tahlil. sorang missing sebab tak dapat balik. rugi wooo tak de gambar dia. hensem pakcik aku tuh! ;p

dari kiri cepat taiiip!
pakCU, makNah, makTah, makYah, makNyah, makDah,
makMah, makNa, Daddy (cik 'E)!!!
missing ;) cik kuan
besarkan family??? cucu paling tua dah jadi guru besar hoi! hahaha.

bye semua! 
nak gi brunch! :)

2 comments:

mercury_gurl said...

happy kan kalau ade big family n kumpul2 mcm nie..;)

Unknown said...

haha~ happy2! big happy family :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...